Home Pertahanan dan Keselamatan Hubungan Baik ATM-TNI Dapat Menjamin Keamanan dan Hubungan Serantau – Panglima ATM

Hubungan Baik ATM-TNI Dapat Menjamin Keamanan dan Hubungan Serantau – Panglima ATM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berharap hubungan baik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dapat terus diperkukuhkan bagi menjamin keamanan dan hubungan serantau.

Merujuk kerjasama kedua-dua negara yang mempunyai jaringan diplomatik kukuh dan akrab, beliau yakin pengganti Panglima TNI Jen Gatot Nurmantyo, yang bakal bersara wajib April ini, akan dapat melaksanakan tugas dan meningkatkan lagi hubungan persahabatan antara Malaysia-Indonesia

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor

“Kita lihat perhubungan saya dengan Jen Gatot ini berbeza, lain daripada yang lain. Kita harap persahabatan ini berterusan demi kesejahteraan kedua-dua negara dan juga di sekitar Asia Tenggara,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat delegasi Panglima TNI di Wisma Pertahanan, hari ini.

Sementara itu, Gatot menzahirkan terima kasih atas penghargaan dan kerjasama Malaysia sepanjang beliau memegang jawatannya dan berharap penggantinya dapat menjalankan tugas dengan baik dalam menjaga persahabatan kedua-dua negara ini.

Beliau yang tiba di Kuala Lumpur semalam, sedang dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia menjelang persaraannya pada April ini.

Related Articles

Leave a Reply