KUALA LUMPUR, 31 JUL – Sebanyak RM51 bilion untuk sektor keselamatan dalam Agihan Peruntukan Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan angka agihan tersebut adalah merangkumi 11.8% daripada RM430 bilion dari peruntukan pembangunan dari kerajaan.
Sementara itu, sebanyak RM227 bilion disalurkan kepada sektor ekonomi dan RM133 bilion lagi untuk sektor sosial.
Anwar Ibrahim mengumumkan agihan peruntukan pembangunan tersebut semasa membentangkan RMK-13 di Parlimen, hari ini.
Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan RM67 bilion untuk pendidikan manakala RM40 bilion bagi sektor kesihatan.
Sebanyak RM17 bilion untuk sektor pentadbiran. – airtimes.my
#Malaysia #Semasa #RMK13
