Home Teknologi Pertahanan Sweden mulakan kajian sistem pesawat tempur masa hadapan

Sweden mulakan kajian sistem pesawat tempur masa hadapan

by M.Daim

STOCKHOLM, 25 MAC – Syarikat pertahanan Sweden, Saab telah dianugerahkan kontrak kajian pembangunan pesawat tempur masa hadapan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Saab dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kontrak selama 2 tahun yang akan bermula 2024 itu akan memberikan fokus kepada kajian konsep pembangunan pesawat pejuang baharu.

“Ini melibatkan kajian terhadap konsep gandingan pesawat dan pesawat tanpa pemandu yang dirangkumkan di bawah satu sistem,” katanya.

Jelas kenyataan itu, kajian tersebut turut merangkumi pembangunan teknologi dan demonstrasi.

Tambahnya, pembangunan konsep dalam kontrak ini akan dilaksanakan secara serentak dengan program tingkat upaya Gripen C/D dan permulaan operasi Gripen E di Sweden serta Brazil. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply