Home Pertahanan dan Keselamatan APMM lancar Op Khas Pagar Laut banteras jenayah maritim sempena Ramadan, Syawal

APMM lancar Op Khas Pagar Laut banteras jenayah maritim sempena Ramadan, Syawal

by Nurulhuda

KLANG, 18 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengerahkan seramai 800 pegawai dan anggota dalam Operasi (Op) Khas Pagar Laut bagi membanteras jenayah di laut terutama di sempadan negara.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin memaklumkan, operasi itu melibatkan 4 fasa yang dilaksanakan secara berperingkat bermula 12 Mac lalu sehingga 30 April ini adalah bagi mengekang jenayah maritim termasuk aktiviti rentas sempadan secara haram oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang bulan Ramadan dan Syawal tahun ini.

“Fasa I iaitu persediaan (pengumpulan maklumat dan siap siaga aset) dari 12 hingga 17 Mac ini. Ini diikuti Fasa II iaitu penguatkuasaan sebelum perayaan bermula 18 Mac hingga 1 April,

“Fasa III pula semasa perayaan iaitu bermula 2 hingga 16 April dan diikuti Fasa IV iaitu penguatkuasaan selepas perayaan (17 April hingga 30 April),” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Operasi Khas Pagar Laut di atas Kapal Ronda Generasi Baharu (NGPC) ‘KD Bagan Datuk’ Pulau Indah, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang operasi tersebut, APMM akan memperketatkan kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di perairan sempadan negara-negara jiran.

Jelasnya, operasi itu melibatkan 45 pelbagai aset dan lebih 800 pegawai serta anggota di seluruh negara.

Selain rondaan dan operasi yang dijalankan, beliau berakta, APMM turut bersiap sedia mengerahkan aset bagi melaksanakan tugas Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).

“Ia sebagai persediaan sekiranya berlaku apa-apa insiden kemalangan kapal atau bot penumpang yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran nanti,” ujarnya lagi.

Tambahnya, untuk rekod, APMM telah berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi dari 42 kes tangkapan pads tahun lalu.

“Ia membabitkan cubaan menyeludup masuk rokok, pencerobohan bot nelayan asing, kemasukan PATI serta kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak dengan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM13 juta,” jelanya. -airtimes.my

#keselamatan #APMM #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply