Home Pertahanan dan Keselamatan Katyusha, Pelancar Roket Berganda Rusia

Katyusha, Pelancar Roket Berganda Rusia

A+A-
Reset

Pelancar roket sering digunakan dalam menghancurkan atau memberikan impak kerosakkan yang tinggi terhadap kenderaan yang berperisai, penempatan mahupun ke atas infrastuktur penting. Roket adalah teknologi senjata yang mendorong dirinya kehadapan atau ke atas dengan menghasilkan tujahan. Tidak seperti enjin jet yang menyedut udara luar dan enjin roket hanya menggunakan bahan bakar yang dibawa sahaja.

Sebuah pelancar roket berganda yang pertama telah dibina oleh Kesatuan Soviet iaitu terkenal dengan nama gelaran”Katyusha”. Sesetengah pihak turut menamakannya sebagai trak pelancar roket berganda dari Rusia. Katyusha telah dikerahkan oleh Soviet sejak dari era Perang Dunia Kedua.

Katyusha sangat digeruni oleh pasukan infantri Nazi. Mereka turut menamakan Katyusha ialah “Stalinorgel” iaitu “Organ Stalin”, kerana pelancar yang hampir menyerupai organ. Katyusha adalah merujuk kepada kenderaan tempur BM-8, BM-13 dan BM-31.

Pelancar roket itu dibangunkan pada tahun 1938 oleh sekumpulan saintis yang diketuai oleh Georgy Erikhovich Langemak. Senjata itu telah dibina di kota yang terletak 500 km sebelah selatan Moscow iaitu Voronezh, Rusia.

Pihak Soviet telah menguji beberapa jenis trak Lend-Lease sebagai pemasangan standard untuk Pelancar Roket BM-13 dan memilih Studebaker US6 6×6 kerana kenderaannya lasak dan keupayaan pengendalian yang mudah. Satu trak juga mampu membawa 14 hingga 48 Roket.

Pelancar roket BM-13 mempunyai panjang 80 cm (2 kaki 7 inci), 13.2 cm (5.2 inci) diameter dan mempunyai berat 42 kg.

Menjelang pada akhir Perang Dunia Kedua, jumlah pengeluaran Katyusha telah mencapai kira-kira 10,000. Kemudiannya, peranan kenderaan tempur Katyusha itu telah digantikan oleh pelbagai varian termasuklah BM-14 Grad dan BM-21 Grad.

Kemudiannya, Grad BM-21 juga mempunyai tahap jangkauan maksimum sejauh 52 km, manakala tahap keberkesanannya pula sejauh 330 m. Ia juga sistem pelancar roket berganda 122 milimeter dan dibangunkan pada 1960-an.

Grad 21 masih lagi digunakan sehingga kini.

Roket Grad mempunyai pelbagai jenis kepala peledak termasuk High Explosive, anti armor dan radio frequency jammer. Selain daripada itu, roket ini turut digunakan untuk menempatkan periuk api di kawasan tertentu bagi membentuk satu zon pemampan tanpa memerlukan kudrat anggota tentera.

Jurutera Soviet turut memasang roket Katyusha di landasan kereta api untuk digunakan dalam peperangan bandar ketika Perang Dunia Kedua.

Sistem pelancar roket BM-21 adalah terdiri daripada sistem pelancar roket 40 tiub M-21 dan kenderaan pelancar. Pada mulanya, BM-21 Grad menggunakan trak 6 tayar Ural-375D. Pada tahun 1976, Ural-4320 digunakan sebagai trak pelancar baharu (BM-21-1).

Selain Rusia, senjata itu juga turut digunakan dalam konflik Perang Afghanistan, Perang Syria, Perang Saudara China, Perang Yaman, Perang Combodia-Vietnam, Perang Korea, Perang Uganda-Tanzania, Perang Iraq dan banyak lagi.

Selain variasi BM-21, terdapat pelancar BM-13, BM-8 ringan dan juga BM-31 berat. Katyusha BM-21 Grad juga masih lagi digunakan sehingga hari ini. -airtimes

Leave a Reply