Sejarah ketenteraan pada abad ke-20 dimulakan dengan kemunculan teknologi senjata api ikonik yang memainkan peranan penting dalam sejarah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Teknologi persenjataan juga meninggalkan impak yang mendalam terhadap beberapa konflik yang telah melanda sesebuah negara.
Raifal Gewehr 98 yang lebih dikenali dengan nama timangan Gew 98 atau G98 telah dihasilkan oleh Peter Paul Mauser pada tahun 1898.
Gew 98 itu pertama kali digunakan semasa berlaku pemberontakan Pergerakan Yìhéquán atau dikenali Pemberontakan Boxer pada tahun 1899 hingga 1901. Pemberontakan Boxer yang disebut sebagai “Boxers” dalam bahasa Inggeris kerana ramai ahlinya yang mengamalkan seni mempertahankan diri yang digelar “Tinju China”.
Senjata itu juga turut digunakan semasa berlaku Perang Saudara Sepanyol pada tahun 1936 hingga 1939. Pertempuran itu melibatkan pasukan Nasionalis yang telah dipimpin oleh Jeneral Francisco Franco dalam menentang pasukan Republik pada ketika itu.
Selain dari itu, senjata ini juga turut digunakan oleh beberapa buah negara yang terdiri daripada Argentina, Belgium, Perancis, Romania, Rusia, Vietnam, China, Mexico dan banyak lagi.
Raifal ini juga mempunyai laras sepanjang 1,250mm serta mempunyai berat purata 4.09 kg.
Senjata itu menggunakan peluru yang berkaliber 7.92mm Mauser.
Namun pada itu, jarak jangkauan efektif tembakan senjata itu adalah 400 hingga 500 m.
Teknologi persenjataan yang ikonik ini memainkan peran penting dalam perubahan kekuasaan dan hasil selepas peperangan. Penggunaan senjata api yang efektif dapat mempengaruhi hasil pertempuran dan inovasi dalam ciptaan senjata api agar terus memacu kepada perkembangan teknologi ketenteraan. -airtimes
#Gewehr98 #PerangDuniaPertama #PerangDuniaKedua #pertahanan