Home Teknologi Pertahanan #TeknologiPertahanan: Jepun terima lampu hijau beli misil serangan jarak jauh atasi ancaman penaklukan

#TeknologiPertahanan: Jepun terima lampu hijau beli misil serangan jarak jauh atasi ancaman penaklukan

by M.Daim

WASHINGTON, 3 SEPT – Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan peluru berpandu kruis.

Dalam notis yang dikeluarkan oleh Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (Defense Security Cooperation Agency, DSCA), penjualan bernilai US$104 itu merangkumi 50 unit AGM-158B/B-2 JASSM-ER dan juga sistem penerima anti gangguan GPS.

Menurutnya, cadangan penjualan itu akan meningkatkan keupayaan Jepun untuk menghadapi ancaman dengan keupayaan menyerang dari jarak jauh.

“Ia mampu dicapai dengan melengkapkan pesawat tempur Japan Air Self-Defense Force (JASDF),

“Jepun mampu untuk menggunakan senjata dan perkhidmatan berkaitan dalam pasukan tentera mereka,” kata DSCA.

Menurut notis itu turut membayangkan misil ini mampu dipasang pada pesawat lain selain daripada F-15J yang dioperasikan oleh JASDF.

AGM-158B JASSM-ER dan AGM-158B-2 mampu digunakan pada jet pejuang generasi ke-5, F-35A/B yang dioperasikan oleh negara Matahari Terbit itu.

Ini dengan melihat penggunaan kedua-dua misil tersebut pada pelbagai platform pesawat yang dioperasikan oleh Amerika Syarikat dan beberapa buah negara pengguna lain.

Antaranya adalah B-1 Lancer, B-2 Spirit, B-52 Stratofortress, F-15 Strike Eagle, F-16 Fighting Falcon, F/A-18 Hornet dan F-35.

AGM-158C LRASM merupakan salah satu varian yang dibangunkan dari JASSM ER dan boleh dilancarkan daripada pelbagai platform pesawat.

AGM-158B JASSM merupakan misil kruis serangan jarak jauh yang dihasilkan oleh Lockheed Martin semenjak tahun 1998.

Misil ini menggunakan sistem panduan GPS, Sistem Navigasi Inersia (INS) dan Termografi Inframerah (IRT).

AGM-158B JASSM-ER pula mula diperkenalkan pada tahun 2002 dan berupaya untuk menggempur sasaran permukaan sejauh 925 kilometer.

Pengeluaran skala kecil AGM-158B-2 pula bermula pada tahun 2021. Misil ini pula berupaya untuk menyerang sasran sejauh 1,900km.

Melihat ciri-ciri ini, perolehan AGM-158B JASSM-ER dan AGM-158B-2 merupakan langkah ke hadapan oleh Jepun untuk mempertingkatkan keupayaan serangan permukaan oleh pasukan udara mereka.

Pelan perolehan kedua-dua misil ini mula diperkenalkan beberapa tahun lalu melalui 2019 Mid-term Defense Program oleh Tokyo.

F-15E yang dilengkapi dengan 5 JASSM melalui projek Strike Rodeo. Ia sekaligus memberi bayangan bahawa misil ini mampu untuk dioperasikan pada F-15EX

2019 Mid-term Defense Program menyatakan perolehan misil tersebut adalah perlu bagi membendung sebarang ancaman luar yang cuba menakluki Jepun.

Selain memperolehi JSM dan JASSM, negara itu turut merancang perolehan AGM-158C LRASM bagi tujuan serangan maritim. Pun begitu, pelan perolehan LRASM digugurkan oleh Tokyo bagi memberi ruang kepada perolehan misil anti kapal Type 12 keluaran negara itu.

Kertas program pertahanan Jepun memperakui negara itu berhadapan kemungkinan penaklukan oleh kuasa luar terutamanya di kawasan kepulauan terpencil di sekeliling negara itu.

Selain daripada itu, Jepun turut menyatakan negara itu berisiko dengan serangan amfibi berskala besar. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply