Home PolitikBarisan Nasional PRU15: Takkan parti banyak berjasa saya nak lawan – Noh Omar

PRU15: Takkan parti banyak berjasa saya nak lawan – Noh Omar

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menegaskan tidak akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) meskipun tidak tercalon di kerusi Parlimen Tanjong Karang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya orang parti, takkan lah parti yang banyak berjasa saya nak lawan. Saya masih setia dengan BN dan saya akan teruskan parti saya,

“Saya tidak akan meninggalkan BN. Inilah prinsip yang dipegang untuk terus kekal setia,” katanya dalam hantaran di media sosialnya.

Menurut Noh, walaupun tidak tercalon, beliau mahu melihat calon BN memperolehi kemenangan khususnya di Selangor.

Terdahulu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan mengumumkan Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply