Home Pertahanan dan Keselamatan ATB 2 patah cubaan 3 PATI Filipina ceroboh perairan Sabah

ATB 2 patah cubaan 3 PATI Filipina ceroboh perairan Sabah

by Air Times News Network

SEMPORNA, 16 Okt – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya mematahkan cubaan pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada memasuki Malaysia secara tidak sah di perairan Sabah pada Jumaat.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, radar Coastal Surveilliance System (CSS) Danawan telah mengesan 3 objek yang mencurigakan bergerak memasuki ke sempadan perairan Malaysia dari arah Filipina pada jam 7.02 malam.

“Pusat Operasi Wilayah Bersama (POWB) bertempat di Markas ATB 2 telah mengarahkan Tim Quick Reaction Force (QRF) bersama bot Viper 04 yang dalam tugas pengawasan di perairan Pulau Omadal telah bergerak untuk melakukan pintasan,

“Pada jam 07.30 malam, Tim QRF telah berjaya memintas sebuah bot laju manakala 2 buah bot laju lagi berjaya meloloskan diri,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, pemeriksaan ke atas bot tersebut, tim QRF berjaya menahan 3 lelaki warga Filipina berumur 30 hingga 45 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Jelasnya lagi, pasukan keselamatan turut menemui 20 tong berkapisiti 25 liter yang mana 2 daripadanya berisi minyak.

“Tim QRF bersama Viper 04 mengiringi bot laju tersebut ke Jeti Azumi dan kesemua Orang Kena Tahan (OKT) telah dibawa ke Hospital Semporna bagi tujuan untuk melaksanakan ujian saringan COVID-19,

“Kesemua barang yang dirampas terdiri daripada satu enjin Yamaha Enduro 75 Hp dan bot laju berwarna hijau,” ujarnya.

Tambahnya lagi, PATI yang ditahan telah diserahkan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan lanjutnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply