Home Pertahanan dan Keselamatan Polis serbu rumah jadi stor minyak masak bersubsidi

Polis serbu rumah jadi stor minyak masak bersubsidi

by Air Times News Network

SEMPORNA, 27 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyerbu sebuah rumah yang disyaki melakukan aktiviti penyeludupan minyak masak di Kampung Sungai Tohok, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna, Suprintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, sepasukan dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Semporna dan Balai Polis Bum Bum telah membuat serbuan dan pemeriksaan ke atas rumah yang disyaki melakukan aktiviti penyeludupan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 780 minyak masak pelbagai jenis disimpan didalam 2 buah lori yang dipakir di halaman rumah tersebut,

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati setiap kotak mengandungi 17 paket minyak masak yang dipercayai ingin diseludup ke negara jiran,” katanya.

Dalam pada itu, rumah terbabit juga dijadikan sebagai tempat mengumpul dan menyimpan barang kawalan berjadual sebelum diseludup ke pasaran luar.

Pihaknya telah merampas kesemua minyak masak serta 2 buah lori dan dibawa ke IPD Semporna untuk tindakan lanjut termasuk 3 lelaki warga tempatan berumur lingkungan 21 hingga 53 tahun.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai lebih kurang RM333,150,” ujarnya.

Sementara itu, pihaknya turut menasihatkan kepada orang awam agar melaporkan kepada PDRM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebarang aktiviti penyeludupan barang terkawal. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply