Home Pertahanan dan Keselamatan Laporan Audit Forensik LCS: Kerugian hampir RM1 bilion akibat kelemahan pengurusan, ketirisan

Laporan Audit Forensik LCS: Kerugian hampir RM1 bilion akibat kelemahan pengurusan, ketirisan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Laporan Audit Forensik Dalaman Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) berhubung projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS) mengesahkan berlakunya ketirisan dan kelemahan pengurusan oleh syarikat itu, sebelum ini.

Dalam laporan yang dinyahklasifikasikan semalam, pihak audit mentaksirkan BHIC mengalami kerugian sebanyak RM890,224,604 (RM890 juta).

Kerugian tersebut turut berlaku akibat pembayaran kepada syarikat palsu yang kononnya menawarkan perkhidmatan teknikal.

“Bayaran sebanyak RM23.37juta melibatkan beberapa syarikat yang memberikan perkhidmatan penilaian teknikal (technical evaluation) untuk projek berkaitan LCS dipercayai adalah perkhidmatan palsu,
“Invois untuk perkhidmatan tidak wujud ini telah digunakan sebagai cara untuk membawa keluar dana projek,” kata laporan yang audit itu.

Antara perkara yang lain menyebabkan kerugian kepada BHIC akibat kelemahan pengurusan dan ketirisan adalah tuntutan yang dibuat dua kali terhadap perkhidmatan yang sama yang melibatkan kerugian sebanyak RM305juta.

Perincian kerugian yang ditanggung oleh BHIC akibat ketirisan dan kelemahan pengurusan dalam projek LCS.

Selain itu, pihak syarikat turut menanggung kerugian melalui pembelian semula 23 item yang sebelum ini gagal dipenuhi pembekal dengan kos sebanyak RM6.78 juta.

“LOA bertindih yang dikeluarkan kepada CED pada tahun 2012 pula menyebabkan kerugian sebanyak RM305 juta,

“Tuntutan yang dibuat dua kali (Double Claim) terhadap perkhidmatan yang sama telah menyebabkan kerugian sebanyak RM537juta,

“Perubahan kerja (Variation Order, VO) tambahan yang dikeluarkan pada tahun 2017 menyebabkan kerugian RM4,583,823 juta,” kata laporan itu.

BHIC turut menanggung kerugian akibat kadar pertukaran matawang Ringgit kepada Euro sebanyak RM13,487,820. Kerugian ini berlaku dalam pembelia Radar Pemantauan Utama (Main Surveillance Radar) dan Towed Array Sonnar pada tahun 2013.

Laporan audit setebal 110 muka surat itu telah dinyahklasifikasikan semalam. Penyiaran laporan tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam kenyataan di akaun media sosial rasminya, nyahklasifikasi dokumen laporan audit forensik dalam BHIC dibuat selaras dengan keputusan Jemaah Menteri.

“Lembaga Pengarah BHIC telah bermesyuarat dan setuju dokumen tersebut untuk dinyaklasifikasikan,” katanya.  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply