Home Pertahanan dan Keselamatan Eksesais MALPAK: Kapal Tentera Laut Pakistan tiba di Pangkalan TLDM Lumut

Eksesais MALPAK: Kapal Tentera Laut Pakistan tiba di Pangkalan TLDM Lumut

by Air Times News Network

LUMUT, 3 Ogos – Kapal PNS TAIMUR milik Tentera Laut Pakistan (TLP) selamat tiba di Tambatan Pangkalan Lumut (TPL), Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi melaksanakan lawatan operasi dan Eksesais Bilateral Malaysia-Pakistan (MALPAK) siri 4/22, semalam.

TLDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais MALPAK akan bermula pada 4 hingga 5 ogos ini.

“Siri latihan yang dirancang sepanjang lawatan operasi dan eksesais ini merangkumi beberapa program interaksi bilateral, table top exercise (TTX) serta latihan pelaksanaan operasi bersama PNS TAIMUR dengan aset TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) JEBAT bagi memperkasakan interoperability di antara TLDM dan TLP,

“Turut ditugaskan semasa latihan fasa laut nanti adalah Fast Combat Boat dan pesawat Fennec TLDM sebagai aset sokongan,” katanya.

Terdahulu, ketibaan PNS TAIMUR telah disambut oleh Penasihat Pertahanan Pakistan, Komodor Nasir Mahmood TI (M) serta pegawai kanan Markas Pemerintahan Armada Barat disamping persembahan Kumpulan Brass Band KD PELANDOK di TPL.

“Pegawai Memerintah PNS TAIMUR, Kepten Muhammad Yasir Tahir TI(M) turut melaksanakan Kunjungan Hormat ke atas Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Farizal Myeor,” ujarnya.

PNS TAIMUR telah ditauliahkan pada 23 Jun 22 yang lalu, dalam pelayaran pulang dari China ke Pakistan semasa pelaksanaan lawatan operasi ke Pangkalan Tentera Laut, bilateral ini merupakan peluang dan platform dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan bagi kedua-dua angkatan laut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply