Home Pertahanan dan Keselamatan Komitmen MINDEF untuk membela veteran tidak pernah pudar – Hishammuddin

Komitmen MINDEF untuk membela veteran tidak pernah pudar – Hishammuddin

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=OkQPGrqVGpc[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 21 Jul – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, komitmen dan kesungguhan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk meneruskan agenda membela veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah pudar.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan bekas Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu yang memberi cadangan agar peruntukan sewajarnya diberikan kepada veteran ATM pada Belanjawan bulan Oktober ini.

“InsyaAllah saya akan berbincang dengan Yang Berhormat (Mohamad Sabu) sendiri, semasa Yang Berhormat jadi MENHAN (Menteri Pertahanan) dulu apa agaknya telah dilakukan,

“Isu demostrasi jalanan yang juga berlaku semasa mantan MENHAN memegang kementerian, sebenarnya perkara yang dibangkitkan bukanlah satu perkara baru,

“Saya sudah teliti secara dekat dan libat urus perjumpaan dengan pemegang taruh sedang berterusan dan kalau sekiranya cadangan Yang Berhormat tadi berkisarkan apa mungkin kita boleh umum dalam Belanjawan akan datang,” katanya di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Dalam masa yang sama, Hishammuddin menjelaskan agar di berikan masa untuk beliau mendengar permasalahan yang dibangkitkan oleh veteran ATM.

“Berilah saya sedikit masa untuk mendengar, jumlah veteran sekarang ini lebih dari 300 ribu, manakala yang turun ke jalanan tidak sampai 1,000 pun,

“Tetapi yang penting untuk mencari penyelesaian yang dapat memenuhi kesemua 300 ribu ahli veteran kita, ini merupakan satu cabaran dan bukan merupakan perkara mudah. Ia memerlukan sumber kewangan yang besar,

“Tetapi komitmen dan kesungguhan kita untuk membela veteran tidak pernah pudar,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply