Home Pertahanan dan Keselamatan 10 Rejimen Sempadan bantu bersih kawasan Kampung Sayung

10 Rejimen Sempadan bantu bersih kawasan Kampung Sayung

by Air Times News Network

SARAWAK, 28 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Batalion Ke-10 Rejimen Sempadan (10 RS) telah diaturgerakkan bagi melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) di Kampung Sayung, Limbang, pada Rabu lalu.

10 RS dalam kenyataannya berkata, PJM ini dilaksanakan bertujuan untuk membersihkan kawasan dewan serbaguna dan perkarangan sekitar Surau Nurul Ihsan.

“Program yang diketuai oleh Ketua Kampung Sayung, Yaman Mumin ini adalah merupakan usaha sama antara penduduk setempat dengan pasukan 10 RS,

“PJM ini juga dapat mengeratkan hubungan antara TDM dengan komuniti setempat,” katanya.

Tambahnya lagi, pelaksanaan program ini selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan TD Dengan Awam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply