Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup keluar barang kawalan

Polis Marin gagalkan cubaan seludup keluar barang kawalan

by Air Times News Network

SANDAKAN, 13 Jun – Sebuah bot disyaki membawa barang kawalan tanpa permit berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan di kawasan Laut Semamang, petang semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, Deputi Superintenden Polis (DSP) Rusdin Banin berkata, bot berkenaan telah ditahan pasukannya kerana berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan perairan tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa barang kawalan di ruangan kargo bot terbabit,

“Warga asing berumur di antara 21 hingga 27 yang berada di dalam bot berkenaan telah mengaku secara lisan sedang menghantar barang tersebut ke sebuah pulau di Filipina,” jelas beliau.

Menurutnya, kesemua barang telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan serta siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan bernilai RM84,280. Manakala, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply