Home Pertahanan dan Keselamatan Cubaan seludup barang kawalan bernilai RM112,292 gagal

Cubaan seludup barang kawalan bernilai RM112,292 gagal

A+A-
Reset

SANDAKAN, 27 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan telah menahan sebuah kapal ikan yang disyaki membawa minyak petrol dan tong gas LPG tanpa sebarang permit di Pasar Inner Bouy, semalam.

Pegawai Pemerintah PPM, Deputi Superintenden Polis Rusdin Banin berkata, pasukannya berjaya menahan sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan di perairan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dijurangi oleh seorang lelaki berusia lingkungan 62 tahun gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa,

“Pemeriksaan lanjut dilakukan keatas kapal, terdapat barang kawalan iaitu beberapa jeriken minyak petrol dan tong gas LPG,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM Wilayah 4, semalam.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk kapal dianggarkan berjumlah RM112,292.

“Kesemua rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya. – airtimes.my

KATA KUNCI : Kapal IkanPPMSandakan

Leave a Reply