Home Pertahanan dan Keselamatan 55,200 liter minyak diesel bersubsidi dirampas di Batu Pahat

55,200 liter minyak diesel bersubsidi dirampas di Batu Pahat

by Air Times News Network

BATU PAHAT, 13 Mei – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 55,200 liter minyak diesel bersubsidi tanpa permit yang sah dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Lorong 5, Taman Beroleh pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, pasukannya turut menahan 3 lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 24 hingga 54 tahun pada jam 11.30 malam itu.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai dan merampas 55,200 liter minyak diesel subsidi; sebuah lori tanker jenis Volvo; 9 buah mesin pam minyak; 11 hos getah lutsinar; 2 buah tangka putih bersaiz 1,000 liter dan 4 buah tangka besi bersaiz 16,000 hingga 20,000 liter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, suspek dipercayai membekalkan minyak diesel ini di sekitar kawasan Batu Pahat.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM505,308,

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) Batu Pahat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah Batu Pahat. – airtimes.my

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply