Home Pertahanan dan Keselamatan 528 tahanan Rohingya lari dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap

528 tahanan Rohingya lari dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap

by Air Times News Network

SUNGAI BAKAP, 20 Apr – Seramai 528 orang tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, tahanan melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan grill penghadang pada jam 4.30 pagi.

“Pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan,

“Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama dari PDRM, RELA dan orang ramai,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, seramai 362 orang tahanan berjaya ditangkap semula sehingga jam 10 pagi dan gerakan mencari saki baki yang lain sedang diteruskan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan tahanan yang lari ini dipohon supaya memaklumkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) atau pihak PDRM,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply