KUALA LUMPUR, 14 Apr – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri bernilai RM1,881,180 daripada 77 penyumbang, hari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sumbangan diberikan dalam pelbagai bentuk seperti kewangan dan barangan kepada para anggota ATM khususnya yang bertugas semasa sambutan hari raya nanti.

Antara penyumbang yang memberi sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada ATM. Foto: ATM
“Dari 77 penyumbang, 11 telah membuat sumbangan berbentuk barangan, manakala 66 lagi berbentuk kewangan,
“Lebih bermakna, jumlah sumbangan barangan dan kewangan yang telah terkumpul daripada penyumbang ini ialah sebanyak RM1,881,180 yang mana ia lebih besar daripada tahun lalu,” katanya dalam ucapan semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada ATM di Kementerian Pertahanan, pada Khamis.
Selain itu, pada tahun ini, ATM turut menyediakan sebanyak 15,000 beg hari raya yang akan diagihkan kepada anggota yang bertugas di perbatasan sama ada di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga diluar negara di bawah misi Panji-Panji Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menerima bungkusan hari raya dari Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Foto: ATM
Katanya, beg tersebut juga akan diagihkan kepada anggota yang bertugas di Mindanao, Selatan Filipina di bawah International Monitoring Team (IMT).
“InsyaAllah, kita akan pastikan, beg hari raya dan sumbangan hari raya yang diterima kali ini akan dapat dihantar ke destinasi sama ada di dalam mahupun luar negara sebelum hari raya Aidilfitri pada awal Mei ini,” ujarnya. – airtimes.my

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany turut menerima bungkusan hari raya dari Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Foto: ATM

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan turut menerima bungkusan hari raya dari Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Foto: ATM