Home Pertahanan dan Keselamatan APMM bantu kru kapal alami tekanan darah tinggi ke hospital

APMM bantu kru kapal alami tekanan darah tinggi ke hospital

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 13 Apr – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah memberi bantuan ke atas seorang kru kapal Pacific Dove yang disyaki mengalami tekanan darah tinggi untuk dibawa ke hospital semasa dalam pelayaran dari Singapura ke Pelabuhan Kalinada India, semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, panggilan kecemasan telah diterima oleh Pusat Operasi daripada ejen kapal berkenaan sekitar jam 5.30 pagi.

“APMM Pulau Pinang telah mohon bantuan aset daripada APMM Kuala Kedah berikutan koordinat yang diberikan pada masa itu berada dalam kawasan APMM Negeri Kedah/Perlis,

“Bot Perkasa 1226 telah diaturgerakan ke lokasi kira-kira 6.9 batu nautika utara Mukah Head bagi membantu memindahkan mangsa dan tiba di lokasi sekitar jam 8.00 pagi,” jelas beliau.

Menurutnya, mangsa Santosh Kumar berumur 47 tahun dan merupakan warga India berjaya dipindahkan daripada kapal ke bot penyelamat berkenaan.

“Mangsa dibawa ke Jeti Swetteham Pier dan telah dibawa ke Hospital Gleneagles Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply