Home Pertahanan dan Keselamatan Hari Polis ke-215: Pertahan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan – KPN

Hari Polis ke-215: Pertahan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan – KPN

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Malangkah ke 215 usia penubuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, seluruh warganya memperbaharui sumpah taat setia kepada raja dan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, seluruh warga PDRM turut berikrar untuk memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara terus terpelihara sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

“Seluruh warga PDRM akan melaksanakan tugas secara profesional dan memperkasakan integriti demi mempertahankan keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang,

“Dengan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, seluruh warga PDRM akan sentiasa ‘Sedia Berkhidmat’ berdiri teguh di bawah naungan panji Sang Saka Biru untuk memikul tanggungjawab dan amanah bagi memelihara keselamatan masyarakat serta keamanan negara,” katanya.

Beliau berkata, segala pengorbanan jerih perih dan titisan darah pahlawan terdahulu, demi nikmat keamanaan yang dikecapi kini akan terus diperjuangkan serta diwariskan kepala generasi pelapis Sang Saka Biru akan datang.

“PDRM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang amat prihatin akan keperluan PDRM dalam usaha memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan pasukan,

“Peruntukan dana untuk kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan warga PDRM yang berkhidmat serta para pesara polis amatlah dihargai,” ujarnya.

Katanya, PDRM turut menzahirkan kesediaan untuk menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan demi mendukung dasar dan usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat.

“Saya amat berbangga dengan seluruh warga PDRM yang menjadi tunjang utama kekuatan pasukan dalam mengekalkan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat serta tanah air daripada pelbagai bentuk ancaman jenayah, sehinggalah ke cabaran krisis kesihatan dan bencana alam,” ujarnya lagi.

Sambutan ini disambut dengan penuh istiadat kepolisan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply