Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas rokok, arak seludup bernilai RM1.8 juta di Muar

PGA rampas rokok, arak seludup bernilai RM1.8 juta di Muar

by Air Times News Network

MUAR, 22 Mac – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan merampas rokok, arak seludup serta kenderaan bernilai RM1,993,200 dalam 2 serbuan berasingan di Muar pada Ahad lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, suspek berumur 39 tahun ditahan pada jam 4 petang di Taman Sari Cempaka 7, Jalan Junid ketika sedang menyusun kotak rokok ke dalam sebuah kereta.

“Hasil pemeriksaan lanjutan ke atas kotak tersebut menemukan pelbagai jenis rokok iaitu 2,765 karton rokok Tiara; 415 karton U2 Merah; 285 karton Canyon Menthol; 452 karton Canyon Premium; 510 karton John Dblend dan 165 Canyon Blast,

“Turut dirampas 135 karton John Dblend Biru; 130 karton John White; 44 karton AXR Hijau; 6 karton Texas 5 Hijau; 38 karton Zon King; 35 karton John JGI; 5 karton Galaxy,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Dalam serbuan pertama ini, turut dirampas 3 kotak arak Mc Dowells 750 mililiter (ml), 7 kotak Mc Dowells 350 ml dan satu kotak Club 99 Whisky 350 ml.

Beliau berkata, hasil maklumat daripada suspek, pihaknya telah membuat serbuan kedua di sebuah rumah di Taman Aman, Jalan Abd Rahman, Muar dengan dipandu arah oleh lelaki tersebut.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai 900 karton Canyon Premium; 950 karton U2 Merah; 1,120 karton RE King; 80 karton RE Bold serta 11 karton arak Tiger 500 ml dan 42 karton Carlsberg 500 ml,

“Turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah sebuah kenderaan jenis Mazda CX5,” ujarnya.

Menurut Dimin, siasatan awal terhadap suspek, lelaki tersebut telah aktif membekalkan rokok dan arak tidak bercukai di sekitar daerah Muar dan menjadikan rumah tersebut sebagai stor penyimpanan.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan rokok ialah RM1,815,700, manakala arak pula sebanyak RM37,500 dan nilai kenderaan dirampas ialah RM140,000,

“Jumlah keselurah anggaran nilai rampasan berjumlah RM1,993,200,” jelasnya.

Katanya, tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk tindakan lanjut serta kes disiasat mengikut Seksyen 136(1) Akta Kastam 1967. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply