Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas 50 karton rokok seludup

Polis Marin rampas 50 karton rokok seludup

by Air Times News Network

JITRA, 18 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi menerusi serbuan Operasi Kontraban berjaya menahan seorang lelaki tempatan menjual rokok tidak bercukai, semalam.

Komander Pasukan PPM Wilayah Satu Asisten Komisioner Polis Shamsol Kasim berkata, hasil maklumat diterima serbuan dilakukan bersama cawangan khas IPK Kedah bagi membanteras aktiviti penyeludupan.

“Semasa serbuan ke atas sebuah premis pasukan menahan seorang lelaki tempatan dan hasil pemeriksaan lanjut menjumpai sebanyak 50 karton rokok seludup pelbagai jenama,

“Siasatan awal mendapati rokok berkenaan dipercayai dijual secara runcit di sekitar kawasan Bandar Darul Aman”, jelas beliau.

Shamsol berkata, hasil rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,

“Kesemua rokok seludup yang dirampas berjumlah RM8,500”, katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply