Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas 360 kotak rokok tidak bercukai

Polis Marin rampas 360 kotak rokok tidak bercukai

by Air Times News Network

SEMPORNA, 9 Mac – Hasil maklumat risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tanjung Kapor, Semporna, semalam

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna Deputi Superintenden Mohamad Ismail berkata, hasil pemeriksaan ke atas rumah berkenaan menjumpai sebanyak 360 karton dipercayai rokok seludup jenama Astro Hijau diruangan bilik rumah tersebut.

“Kesemua barang rampasan berkenaan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut”, jelas beliau.

Mohamad menjelaskan, jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM 48,960.00 dan kes disiasat dibawah Akta Kastam 1967. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply