TUMPAT, 23 Feb – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Pasukan Polis Marin (PPM) telah berjaya mematahkan cubaan penyeludupan barang kawalan di Pengkalan Kubor, kelmarin.
KPDNHEP dalam hantaran di media sosialnya berkata, pasukannya bertindak dari maklumat risikan yang telah mengesan sebuah kenderaan dari Pengkalan Kubor menuju ke Kampung Bendang Pak Yong disyaki membawa muatan barang kawalan bagi tujuan penyeludupan ke negara jiran.
“Kenderaan tersebut ditahan manakala pamandu berjaya melarikan diri didalam semak yang berhampiran,
“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut mendapati tepung gandum bersubsidi anggaran 70 kilogram, minyak masak bersubsidi anggaran 136 kilogram dan gula anggaran 336,
“Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM4932.10, kesemua barang kawalan disita dan siasatan lanjut akan dijalankan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.
Dalam pada itu, KPDNHEP menegaskan, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti ini dan tindakan tegas akan diambil. – airtimes.my