Home Pertahanan dan Keselamatan 5 PATI warga Filipina dihalau keluar dari perairan Semporna

5 PATI warga Filipina dihalau keluar dari perairan Semporna

by Nurulhuda

SEMPORNA, 23 Feb- Cubaan 5 pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menyelinap masuk ke parairan negara ini gagal selepas berjaya ditahan dan diusir oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna di Pulai Siamil, pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna YDH DSP Mohamad Bin Ismail berkata, pengusiran ini melibatkan 3 orang lelaki, seorang wanita dan 3 kanak-kanak berbangsa bajau Filipina.

Beliau berakta, kesemua mereka tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah dan telah salah memasuki perairan Malaysia.

“Pengusiran telah dibuat dan 3 buah perahu tersebut telah diiring keluar dari perairan negara serta diarahkan supaya tidak memasuki perairan negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID 19,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus kepada pasukan keselamatan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply