Home Pertahanan dan Keselamatan 9 pegawai, 2 anggota ATM terima pingat PNBB

9 pegawai, 2 anggota ATM terima pingat PNBB

by Air Times News Network

KUANTAN, 17 Feb – Seramai 9 pegawai dan 2 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima pingat Pertubuhan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB), pada Rabu.

Markas Angkatan Bersama dalam hantaran di media sosialnya berkata, majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad TUDM di Kompleks Markas Angkatan Bersama, Kem Sungai Panching.

“Pingat ini diberikan kepada pegawai dan anggota yang telah berjaya melaksanakan tugas di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

“Penganugerahan pingat ini adalah bagi mengiktiraf Pegawai Pemerhati Tentera dan Pegawai Staf yang berjaya menamatkan misi PBB di Western Sahara, Congo dan Lubnan selama setahun,” katanya.

Seramai 9 pegawai dan 2 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima pingat Pertubuhan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB)

Menurutnya, sepanjang penugasan di misi PBB, kesemua pegawai dan anggota yang terlibat telah mempamerkan disiplin serta mutu kerja yang cemerlang sekaligus membuktikan keupayaan serta kemampuan ATM dalam melaksanakan misi pengaman di peringkat antarabangsa. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!