Home Pertahanan dan Keselamatan Barangan kosmetik tanpa kelulusan KKM sekali lagi dirampas PPM

Barangan kosmetik tanpa kelulusan KKM sekali lagi dirampas PPM

by Air Times News Network

TAWAU, 9 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas lagi barangan kosmetik tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di perairan laut Aji Kuning, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata, anggotanya telah menahan sebuah jongkong yang dijurugani oleh seorang lelaki tempatan dari arah laut Sungai Aji Kuning ke laut Ice Box.

“Pemeriksaan dijalankan dan hasil menemukan barangan kosmetik pelbagai jenama yang tidak mempunya kelulusan KKM,

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM 13,224.00 dan semua hasil dibawa ke Pengkalan PPM Tawau”, jelas beliau.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 18(A)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan diserah kepada Jabatan Farmasi Tawau untuk tindakan lanjut.

Dalam masa yang sama, Ridzauddin menjelaskan, sebarang maklumat jenayah rentas sempadan boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply