Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan aktiviti penyeludupan barangan terkawal

Polis Marin gagalkan aktiviti penyeludupan barangan terkawal

by Air Times News Network

SEMPORNA, 6 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4, Semporna berjaya menggagalkan aktiviti penyeludupan barangan terkawal yang dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, Deputi Superintenden Polis Mohamad Ismail berkata, pihaknya telah mengesan 2 buah bot dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan di sekitar perairan Kampung Limau-Limau, pada jam 11.30 malam.

“Hasil pemeriksaan di dalam bot berkenaan telah menemukan beberapa jerikin berisi minyak petrol dan beberapa kotak minyak masak dianggarkan bernilai RM36,331.50,

“Rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply