Home Pertahanan dan Keselamatan TDM gagalkan hasrat 7 PATI Indonesia cari kerja di Sarawak

TDM gagalkan hasrat 7 PATI Indonesia cari kerja di Sarawak

by Air Times News Network

SERIKIN, 4 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berjaya menangkap dan mengusir keluar 7 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menceroboh Sarawak, semalam.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen berkata, kesemua PATI berkenaan ditahan oleh anggota yang sedang melaksanakan Rondaan Jarak Jauh (RJJ) di kawasan Ladang Kelapa Sawit, Kampung Stass kira-kira 200 meter dari sempadan Indonesia-Malaysia.

“Hasil pemeriksanaan mendapati kumpulan PATI berkenaan terdiri daripada 5 lelaki dan 2 wanita berusia di antara 23 hingga 44 tahun,

“Hasil soal siasat mereka cuba mencari peluang pekerjaan dan baru kali pertama melakukan kesalahan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Pos Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) dan diusir keluar dari kawasan sempadan Malaysia-Indonesia, pada tengah malam semalam.

Mengulas lanjut, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus komited memastikan kawalan keselamatan di persempadanan negara terus terpelihara dari sebarang ancaman pencerobohan oleh anasir luar.

“Samada oleh PATI mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan yang lain bagi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply