BATU PAHAT, 27 Jan – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam merampas rokok seludup bernilai RM264,900 di kawasan Jalan Benteng Kampung Sungai Jambi Laut, Rengit, pada Rabu.
Briged Tengah PGA dalam hantaran di media sosialnya berkata, rampasan tersebut dibuat atas maklumat awam berkenaan penyedulupan rokok.
“Sepasukan pegawai dan anggota BN5 PGA telah menemui beberapa bungkusan hitam di dalam semak bawah pokok,
“Pemeriksaan awal terhadap bungkusan tersebut ianya mengandungi rokok dipercayai rokok seludup tanpa cukai,” katanya.
Menurutnya, setelah melakukan pemerhatian selama 2 jam tiada kelibat suspek ditemui dikawasan tempat rokok tersebut.
Katanya, kesemua rampasan diserah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut. – airtimes.my