Home SemasaGlobal Korea Utara lancar peluru berpandu balistik

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik

by M.Daim

SEOUL, 11 Jan – Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu balistik ke kawasan perairan di timur negara itu, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 8.27 pagi waktu Malaysia.

Menurut agensi media Korea Selatan, penembakan tersebut merupakan yang kedua pada tahun ini.

“Pihak tentera telah mengesan satu projektil yang dipercayai peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kawasan pedalaman Korea Utara,” kata laporan itu yang memetik kenyataan Tentera Korea Selatan.

Jelasnya, agensi perisikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat sedang menganalisis pelancaran terbaharu ini.

Kali terakhir Korea Utara melancarkan peluru berpandunya adalah pada 5 Januari lalu yang mendakwa ia melibatkan penembakan peluru berpandu hipersonik.

Namun begitu, dakwaan Pyongyang telah disangkal oleh pihak tentera Korea Selatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply