Home SemasaGlobal Kerajaan AS keluarkan FARC dari senarai organisasi kumpulan pengganas

Kerajaan AS keluarkan FARC dari senarai organisasi kumpulan pengganas

by Natasha Azereen

WASHINGTON, 24 Nov – Jurucakap Jabatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Ned Price hari ini mengesahkan kerajaannya telah bersetuju untuk mengeluarkan kumpulan gerila Revolutionary Armed Forces of Colombia (FARC) daripada senarai organisasi kumpulan pengganas.

Keputusan dibuat sebagai tanda sokongan AS yang berterusan terhadap usaha damai antara pihak FARC dengan kerajaan Colombia.

“Pengumuman ini sejajar dengan ulang tahun ke-5 pendamaian antara kedua-dua pihak,” jelas Price dalam satu taklimat media,

“Perjanjian tersebut telah menamatkan konflik antara kerajaan Colombia dengan FARC, seterusnya membawa negara itu ke arah kesejahteraan dan keamanan yang berterusan,

“Kerajaan AS juga komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami iaitu Colombia dalam memastikan pelaksanaan perjanjian damai ini berjaya,” katanya.

Ujar beliau, fokus utama antara  AS dan Presiden Colombia, Iván Duque Márquez adalah memastikan usaha damai ini berjaya.

Sebelum ini, kedua-dua pihak telah bersetuju menamatkan konflik permusuhan selama 52 tahun dalam satu perjanjian damai yang diketuai mantan Presiden Colombia, Juan Manuel Santos pada tahun 2016. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply