Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis Marin usir 2 PATI Filipina ceroboh perairan negara – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir 2 PATI Filipina ceroboh perairan negara

Polis Marin usir 2 PATI Filipina ceroboh perairan negara

by Nurulhuda

SEMPORNA, 2 Nov – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah menahan dan mengusir sebuah perahu tanpa nombor pendaftaran bersama 2 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina yang cuba menceroboh masuk perairan negara, pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, Superintendent Gan Ping Sin berkata, pengusiran telah dibuat pada jam 9 pagi oleh anggota ronda di perairan Laut Utara Pulau Pom Pom.

“Hasil pemeriksaan perahu tersebut terdapat 2 orang lelaki dewasa berbangsa Bajau datang dari arah perairan Filipina memasuki perairan negara,

“Pengusiran telah dibuat dan perahu tersebut telah di iring keluar dari perairan negara serta diarahkan supaya tidak memasuki perairan negara,” jelasnya dalam kenyataan.

Gan Ping menjelaskan, pengusiran dilakukan selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID 19.

Pada masa yang sama, beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus Pusat Komunikasi PPM Sabah demi keselamatan perairan Sabah. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?