Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: PGA rampas barangan seludup bernilai RM6.3 juta sejak September lalu

Op Benteng: PGA rampas barangan seludup bernilai RM6.3 juta sejak September lalu

by Air Times News Network

RANTAU PANJANG, 18 Okt, – Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai jenis barangan seludup bernilai RM6.3 juta sejak mengambil alih penugasan Operasi Benteng (Op Benteng) di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bermula 16 September lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan membabitkan barangan kontrabalan seperti pakaian, vape, rokok dan pelbagai jenis makanan bernilai RM5.03 juta.

“Rampasan penyeludupan haiwan seperti lembu, rusa dan kambing berjumlah RM847,440 menjadi penyumbang kedua tertinggi dalam operasi tersebut,

“Ia diikuti oleh barangan kawalan seperti tepung, minyak masak dan petrol berjumlah RM235,025,” katanya.

Dalam pada itu, rampasan juga membabitkan dadah, daun ketum, ubat batuk, haiwan eksotik dan turut menahan seramai 19 individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai terlibat dengan penyeludupan.

“Seramai 19 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Opg Benteng,” ujarnya.

Tambahnya, pasukannya mendapati trend membawa masuk PATI sepanjang tempoh penugasan kali ini ialah menggunakan kenderaan mewah seperti Toyota Alphard dan pacuan empat roda seperti Ford Ranger dan Toyota Hilux. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply