Home SemasaGlobal AS sumbang 500 juta dos vaksin Pfizer ke seluruh dunia

AS sumbang 500 juta dos vaksin Pfizer ke seluruh dunia

by Air Times News Network

WASHINGTON, 23 Sept – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan menggandakan pembelian sebanyak 500 juta vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk dikongsikan dengan dunia.

Menerusi sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Biden dilaporkan menyokong cadangan untuk menvaksin 70 peratus penduduk dunia.

“Untuk lawan COVID-19 di AS, kita perlu kalahkannya diserata dunia. Saya telah berjanji dan akan tunaikan janji tersebut,

“AS akan sumbangkan vaksin, sebagai mana kami telah ‘sebar’ demokrasi pada Perang Dunia Kedua,

“AS akan beli 500 juta dos vaksin Pfizer untuk didermakan kepada negara pendapatan rendah dan pertengahan. Ini adalah 500 juta dos tambahan yang akan diberikan pada tahun depan,” ujarnya ketika dalam sidang Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) secara maya.

Sehingga kini 160 juta dos vaksin telah diedarkan lebih 100 negara termasuk 1 juta dos kepada Malaysia pada Julai lepas dan merupakan jumlah yang besar berbanding hasil gabungan sumbangan vaksin seluruh dunia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply