Home Pertahanan dan Keselamatan Hishammuddin mula tugas sebagai Menteri Kanan Pertahanan

Hishammuddin mula tugas sebagai Menteri Kanan Pertahanan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara rasmi hari ini memulakan tugasnya sebagai Menteri Kanan Pertahanan.

Beliau tiba pada pukul 9.00 pagi di Dataran Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak dengan disambut timbalannya Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang turut melaporkan diri secara rasminya, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM serta panglima-panglima perkhidmatan.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Semberong kemudiannya menerima tabik hormat kawalan kehormatan utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Abdul Hafizi Abdul Halim.

Kemudian, Hishamuddin diperkenalkan kepada Pegawai Kanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kementerian itu serta mengaminkan bacaan doa sebelum naik ke pejabatnya di tingkat 5.

Hishammuddin dan Ikmal Hisham yang masing-masing dilantik Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara pada Isnin. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply