Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 38 PATI lagi ditangkap ceroboh Malaysia

Op Benteng: 38 PATI lagi ditangkap ceroboh Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 Mei – Operasi Benteng (Op Benteng) yang diterajui oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melakukan tangkapan yang melibatkan 38 orang pendatang asing tanpa izin (PATI), semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut merampas 7 buah kenderaan darat dalam operasi tersebut.

Menurutnya, dalam operasi itu juga, sebanyak 200 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 9 aktiviti penglihatan.

“7 orang PATI turut berjaya diusir melalui 2 aktiviti pengusiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 620 Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Sebanyak 567 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan semalam dalam Operasi Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA,

“Manakala Op Benteng PDRM (44 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” ujarnya.

Sementara itu, bagi Task Force Operasi Pematuhan pula, PDRM telah menahan 754 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.

“Daripada jumlah itu, seramai 746 individu dikompaun manakala 8 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP mereka yang tidak memakai pelitup mula (168); tiada penjarakan fizizkal (145); gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis (109); bawa penumpang berlebihan (74) dan lain-lain kesalahan (258),” katanya lagi. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply