Home Pertahanan dan Keselamatan 2 PATI Indonesia baru mendarat dicekup PGA

2 PATI Indonesia baru mendarat dicekup PGA

by Air Times News Network

PONTIAN, 28 Mei – Dua orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru mendarat di kawasan Taman Rekreasi Rambah, ditahan Batalion 5 Pasukan Gerak Am (PGA) Simpang Renggam, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, 2 PATI berkenaan berusia lingkungan 40 dan 43 tahu itu, ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah dan masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Turut dirampas 2 unit telefon bimbit dianggarkan berjumlah RM500,

“Kedua-dua suspek dirujuk ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tujuan swab test dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi hantaran di media sosial Batalion 5 PGA, semalam.

Pada masa sama, Dimin meminta masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membenteras kemasukan PATI dan sebarang aktiviti penyeludupan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply