Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: Masih degil, 39 PATI lagi ditahan ceroboh sempadan negara

Op Benteng: Masih degil, 39 PATI lagi ditahan ceroboh sempadan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Seramai 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan semalam menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19 di seluruh negara.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut merampas 3 kenderaan darat.

“Sebanyak 169 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 7 aktiviti penglihatan,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Dalam masa yang sama, Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 482 Sekatan Jalan Raya (SJR), semalam.

“Sebanyak 385 SJR melalui Operasi Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA. Manakala Op Benteng PDRM sebanyak 88 SJR dan Op Benteng AKSEM (9),” ujarnya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata Task Force Pematuhan oleh PDRM telah menahan 644 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah itu, seramai 614 individu telah dikompaun manakala 30 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal merekod butiran diri atau daftar masuk pelanggan (218); tidak memakai pelitup muka (126); tiada penjarakan fizikal (103); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (102); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (5) dan lain-lain (90),”jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply