if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Polis dilarang buat pemeriksaan ke atas warga asing – Ketua Polis Negara

Polis dilarang buat pemeriksaan ke atas warga asing – Ketua Polis Negara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan beliau akan mengeluarkan arahan melarang mana-mana pegawai atau anggota polis membuat pemeriksaan ke atas warga asing secara rambang.

Menurut laporan media tempatan, beliau mengeluarkan arahan tersebut bagi mengelakkan berlakunya salah guna kuasa polis.

“Saya akan mengeluarkan arahan untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu iaitu memeriksa mereka (warga asing) secara rambang tanpa alasan yang munasabah,

Selain itu, polis juga tidak boleh menahan warga asing sesuka hati  untuk tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk mengesahkan sama ada mereka mempunyai pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen adalah tulen atau sebaliknya,” kata Acryl dalam satu sidang media di Bukit Aman, semalam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply