Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia-Jepun setuju perkukuh kerjasama pertahanan

Malaysia-Jepun setuju perkukuh kerjasama pertahanan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Malaysia dan Jepun setuju untuk terus memperkukuhkan komitmen masing-masing melalui hubungan kerjasama pertahanan antara kedua negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan sidang video bersama Menteri Pertahanan Jepun, Nobuo Kishi, semalam.

Menerusi panggilan tersebut, kedua-dua menteri telah menyatakan persetujuan mereka untuk mengeratkan hubungan di semua peringkat termasuk hubungan dua hala, pertukaran latihan ketenteraan dan kerjasama dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang video bersama Menteri Pertahanan Jepun, Nobuo Kishi.

“Mereka juga meneroka potensi kerjasama dalam industri pertahanan,

“Kedua-dua Menteri juga menyentuh mengenai isu kepentingan dan keprihatinan bersama, termasuklah Laut China Selatan, situasi di Myanmar dan Semenanjung Korea,

“Malaysia dan Jepun telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Pertahanan dan Pertukaran pada September 2018,” ujar kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyatakan bahawa kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian antara kerajaan mengenai pemindahan peralatan dan teknologi pertahanan pada tahun yang sama.

Justeru, Malaysia akan terus mempromosikan kerjasama pertahanan dan pertukaran dengan Jepun. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply