Home Pertahanan dan Keselamatan 4 RAD baik pulih rumah mangsa kebakaran di Felda Palong Timur

4 RAD baik pulih rumah mangsa kebakaran di Felda Palong Timur

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 29 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) membaik pulih rumah mangsa kebakaran di Felda Palong Timur 3 pada 25 Mac lalu.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam hantaran media sosialnya berkata, seramai 2 pegawai dan 20 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari pasukan Rejimen Keempat Artileri Diraja (4 RAD) telah diaturgerakkan bagi melaksanakan PJM tersebut.

“Rumah kediaman Roslan Jaafar telah mengalami kebakaran pada 7 Mac lalu akibat  daripada litar pintas,

“PJM ini juga turut mendapat kerjasama daripada penduduk setempat,” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip, Pengurus Felda Palong Timur 3, Mohammad Hafiz Mahmood, Pemangku Penolong Pegawai Memerintah 4 RAD dan penduduk setempat.-airtimes.my

Anggota 4 RAD bertungkus lumus membersihkan kediaman mangsa kebakaran di Felda Palong Timur 3. Foto: Markas 3 DIV

 

Related Articles

Leave a Reply