Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan bot nelayan Indonesia

Polis Marin tahan bot nelayan Indonesia

by Air Times News Network

SANDAKAN, 11 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) telah menahan sebuah bot nelayan Indonesia jenis tunda yang melakukan kesalahan ‘Tarik Siring’ di kawasan perairan Laut Segama, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, PPM yang sedang melaksanakan Operasi Gelora berjaya menahan bot yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di kedudukan 3 batu nautika.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tunda berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) iaitu melanggar syarat lesen kerana menunda kurang 3 batu nautika dari pesisiran pantai,

“Bot dan juragan bersama 3 awak-awak, kesemuanya warganegara Indonesia berdaftar telah ditahan,

“Bot serta beberapa peralatan seperti pukat tunda dan pelbagai hasil laut dan saiz lebih kurang 20 kilogram turut dirampas.”katanya

Menurutnya lagi, bot nelayan Indonesia yang ditahan telah dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Sandakan untuk pemeriksaan lanjut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan. Kes disiasat dibawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

“Masyarakat terutama nelayan boleh menyalurkan maklumat kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi Whatsapp ke talian 0132831197,”ujarnya.- airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply