Home Pertahanan dan Keselamatan 20 PATI ditahan dalam Op Benteng, semalam

20 PATI ditahan dalam Op Benteng, semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Op Benteng adalah kawalan sempadan negara yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain turut menahan 1 tekong dan merampas 14 kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 112 bot atau kapal di perairan negara melalui 8 aktiviti penglihatan,” katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata sebanyak 537 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng dan Op Penawar turut dilaksanakan semalam melibatkan ATM, PDRM dan RELA dalam Op Penawar iaitu sebanyak 482 SJR.

“Selain itu, Op Benteng PDRM sebanyak 46 SJR dan Op Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” ujarnya.

Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 731 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), semalam.

“Daripada jumlah itu, 709 telah dikompaun, 19 individu direman manakala 3 dijamin,

“Antara kesalahan ingkar SOP adalah tiada penjarakan fizikal (207); tidak memakai pelitup muka (157); gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri dan pelanggan (99); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (97); premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran (52); keluar rumah tanpa alasan munasabah (35) dan lain-lain (84),” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply