Home Pertahanan dan Keselamatan 466 individu ingkar arahan PKP, 24 PATI ditahan

466 individu ingkar arahan PKP, 24 PATI ditahan

by Hazli Fikri

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 466 individu kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi operasi pematuhan di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 463 individu telah dikenakan kompaun manakala 2 lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (187), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (110), tidak memakai pelitup muka (90), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (62) dan lain-lain (17),

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 41,118 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),”katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilaksanakan secara bersepadu membabitkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) telah menahan 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas 6 buah kenderaan darat.

“Sebanyak 109 sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksanakan semalam yang melibatkan Op Penawar dari ATM, PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak (41) SJR, Op Benteng PDRM (59) serta Op Benteng AKSEM (9),

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan di kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply