Home Pertahanan dan Keselamatan 6,630 veteran ATM terima pembayaran RM300 mulai hari ini

6,630 veteran ATM terima pembayaran RM300 mulai hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Sejumlah RM 1.8 juta peruntukan daripada Majlis Agama Islam Wilayah persekutuan (MAIWP) yang disumbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Kementerian Pertahanan akan diagihkan kepada 6,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai hari ini.

Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) dalam kenyataan berkata, Sultan Abdullah berkenan mencemar duli mengurniakan sumbangan itu kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 26 Jun lalu.

“Majlis penyerahan sumbangan MAIWP ini dirancang pada awalnya melibatkan Menteri Pertahanan bersama 100 orang veteran ATM dan balu dalam kategori B40 sebagai simbolik penyerahan sumbangan di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2020 tetapi terpaksa dibatalkan ekoran wabak COVID-19, ” kata JHEV ATM dalam satu kenyataan.

Menurutnya, JHEV ATM akan melaksanakan pembayaran sebanyak RM300.00 ringgit seorang kepada 6,000 veteran ATM yang terlibat.

“JHEV ATM akan turut membuat pembayaran kepada pemohon baru veteran dalam kategori B40 seramai 630 orang berjumlah RM192,000.00 yang melibatkan penggunaan dana Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM sebanyak RM162,000.00 dan dana Kempen Tabung Pahlawan berjumlah RM30,000.00,

“Sumbangan akan disalurkan ke akaun bank semua veteran yang terlibat mulai 11 November 2020,” tmbahnya.

Implikasi kewangan keseluruhan pembayaran ini melibatkan RM1,989,000.00 yang akan memanfaatkan seramai 6,630 veteran ATM kategori B40 dan keluarga.

“Sumbangan ini juga melambangkan keperihatinan antara kementerian dengan veteran ATM bagi meringankan beban yang amat terkesan akibat penularan COVID-19,” ujarnya.- airtimes.my

Related Articles

1 comment

Rafee 16 November 2020 - 10:13 am

Assalamualaikum..ingin memaklumkan sekali lagi..BANTUAN YANG DIBERI MENTERI PERTAHANAN ANGGOTA TIDAK BERPENCEN RM500 MASIH BELUM DITERIMA,INI KAN PULA BAYARAN RM300 PADA HARI INI.SAYA RAFEE BIN RAZALI,ANGGGOTA TIDAK BERPENCEN,NO TENTERA 11R4928,NO KAD PENGENALAN 860308235835.AKAN CUBA KE PEJABAT MENTERI PERTAHANAN..HARAP MAKLUM.
NO TEL:011-377 577 04

Reply

Leave a Reply

error: Content is protected !!