Home Pertahanan dan Keselamatan APMM usir bot nelayan Indonesia di ceroboh perairan negara

APMM usir bot nelayan Indonesia di ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Perak (APMM), Negeri Perak telah mengusir bot nelayan asing Indonesia yang menceroboh perairan negara di sekitar Pulau Jarak.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kehadiran bot nelayan tradisional Indonesia itu telah dikesan oleh pesawat udara AS 365 N3 Maritim Malaysia semas rondaan dan pemantauan udara Operasi Benteng di perairan Selat Melaka pada Khamis lalu.

“Menurut beliau, maklumat pengesanan telah dimaklumkan kepada Kapal Maritim (KM) Gagah yang sedang dalam tugasan Operasi Benteng (Op Benteng) di sektor 4 yang digerakan ke lokasi untuk tindakkan lanjut,

“KM Gagah telah menukar haluan ke lokasi sasaran bagi melakukan pengusiran secara membayangi (shadowing) bot nelayan Indonesia keluar dari perairan Malaysia,

“Tindakkan pengusiran terhadap nelayan asing adalah bertujuan untuk mencegah dan mengekang penularan pendamik COVID-19, khususnya kes import yang dibawa oleh pendatang asing,” katanya dalam laman sosial APMM.

Beliau berkata, APMM akan terus meningkatkan pemantauan dan memperkukuh sempadan perairan negara khususnya melalui Op Benteng Laut dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply