Home Pertahanan dan Keselamatan Intipan Kor Armor Diraja patahkan hasrat 26 PATI

Intipan Kor Armor Diraja patahkan hasrat 26 PATI

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Hasrat 26 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Indonesia yang cuba pulang ke negara asal gagal, setelah pergerakkan mereka dikesan oleh pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) dalam Operasi Benteng, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan berkata, tangkapan yang dibuat oleh pasukan 1 KAD itu telah melaksanakan intipan selama 2 hari di sekitar kawasan hutan Tanjung Lompat, Desaru yang dipercayai menjadi lokasi PATI berkumpul.

Bertindak atas maklumat awal yang diperolehi, pasukan telah mengatur gerak 4 Tim Quick Reaction Force (QRF) bersama Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) untuk melaksanakan tinjauan rapat dan berjaya mengesan lokasi tersebut.

“Tim QRF seterusnya mengepung lokasi PATI berkumpul dan melaksanakan serbuan sekitar jam 5.00 pagi, yang terdiri daripada 17 lelaki dan 9 perempuan berusia sekitar 20 hingga 49 tahun,

“Kesemua 26 orang PATI dipercayai sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal dengan menggunakan laluan yang tidak sah,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, kesemua PATI yang ditahan akan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Jumlah rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan berjumlah RM 48,977.18 melibatkan wang tunai RM 20,005.25 dan Matawang Indonesia IDR 21,797,040 Rupiah (RM 6,168.44) serta 34 buah telefon bimbit, 23 buah jam tangan pelbagai jenama dan beberapa jenis barang kemas.

Related Articles

Leave a Reply