Home Pertahanan dan Keselamatan 65 PATI dan 3 tekong antara ditahan dalam Op Benteng semalam – Ismail Sabri

65 PATI dan 3 tekong antara ditahan dalam Op Benteng semalam – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 65 pendatang asing tanpa izin (PATI), 3 tekong dan seorang tekong ditahan dalam Operasi Benteng yang dijalankan semalam.

Beliau berkata operasi bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi penguatkuasa lain berjaya merampas 14 kenderaan darat.

“Sebanyak 82 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan melibatkan PDRM sebanyak (60 SJR), AKSEM (10 SJR) dan ATM (12 SJR),

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-186 dan hari ke-102 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 93 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan PKP semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 85 individu telah dikompaun menakala 8 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka sebanyak 33, penjarakan fizikal (32), aktiviti pub/kelab malam (14), premis beroperasi tanpa kebenaran (7), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (6), dan gagal kemukakan surat kebenaran keluar/masuk kawasan PKPD (1),” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply